Pages

Monday 31 December 2012

Apakah perubahan yang dilakukan?

Sememangnya untuk manusia itu berubah ke arah kebaikan perlu melalui pelbagai ranjau dan dugaan yang tidak dapat diduga kesudahannya. Begitu juga aku. Untuk mengembalikan keharmonian rumahtangga, aku berkorban untuk mengubah sikapku yang negatif kepada yang positif bagi memenangi kembali hati suamiku dan membina suasana yang lebih harmoni pada masa akan datang.

Antara perubahan yang aku lakukan adalah:
a) Aku mengubah cara penampilan diriku dengan mengenakan make-up dan memakai pakaian yang cantik dan lebih kemas. Pakaian yang lama telah aku bungkuskan untuk aku sedekahkan kepada anak-anak yatim dan anak orang asli dengan bantuan seorang cleaner di tempat kerjaku,

b) Memastikan kebersihan rumahku pada tahap yang optimum. Setiap hari aku memastikan aku akan mengemaskan rumah dan menyusun setiap barang dalam keadaan yang teratur. Di samping itu, aku juga akan membasuh, menyidai dan melipat baju untuk membolehkan kesemua pakaian sentiasa ada di dalam almari.

c) Memasak makanan kegemaran suamiku. Aku akan memastikan setiap masakan aku akan dimaklumkan kepada suamiku terlebih dahulu. Ini bagi membolehkan aku megetahui citarasa dan seleranya. Aku akan menggunakan waktu rehat tengahari untuk menyediakan bahan-bahan bagi masakan pada hari tersebut.

d) Aku juga berazam ingin menguruskan badanku  yang montel ini. Sekarang badan aku adalah seberat 64.1kg. Target aku ialah 55kg dalam tempoh 3 bulan. Aku juga cuba untuk mengubah cara pemakanan yang tidak berkhasiat kepada yang lebih baik (mengandungi kesemua zat makanan dan rendah kolestrol).

e) Aku juga cuba untuk mengubah cara percakapanku kepada suami dengan menggunakan lenggok bahasa yang lebih baik dan melebihkan penggunaan perkataan 'tolong' dalam percakapan kami seharian.

f) Aku juga mengajak suamiku untuk sentiasa bersolat jemaah terutama pada waktu maghrib dan isyak serta mengaji Al-Qur'an untuk menyinari hati kami dengan cahaya iman.

Semoga dengan usaha yang aku lakukan ini, dapat melembutkan hati suamiku untuk menerima cahaya iman dan meningkatkan ketakwaan kami berdua di sisi Allah s.w.t. Ya ALLAH lindungilah kami daripada kejahatan syaitan dan hasad dengki manusia. Kembalikan kebahagiaan rumahtanga kami supaya kami mendapat keredhaan Mu dan kurniakanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment