Pages

Thursday 25 July 2013

Ramadhan yang mencabar

Sesungguhnya bulan Ramadhan kali ini agak mencabar untuk diriku. Ini kerana badanku sentiasa berasa tidak sihat sepanjang tempoh 17hari ini. Entah kenapa ia jadi begitu. Mungkin kerana aku langsung tidak melakukan apa2 aktiviti senaman sepanjang Ramadhan ini. 
Selain itu, aku cuba melaksanakan kesemua kerja2 rumahku seperti membasuh dan menggosok pakaian, menyapu dan sebagainya dengan sebaik mungkin walaupun aku tahu aku tidak mempunyai daya tubuh yang baik. Yang mana aku termampu aku cuba selesaikan.
Di samping itu, aku cuba mengembalikan rumahtanggaku kepada keadaan yang lebih menggembirakan walaupun aku tahu bukannya mudah untuk aku melupakan kenangan pahit yang melanda hubungan kami sejak akhir tahun lalu. Sememangnya banyak perkara yang aku perlu bertoleransi dengan suami aku terutamanya berkaitan dengan hubungannya dengan kawan2 perempuan dan sikap inginkan kebebasan yang sentiasa ada dalam dirinya. Namun begitu, kadang-kala aku tidak mampu untuk mengawal amarahku kerana aku sentiasa suka hidup yang mengikut peraturan. Jika tiada peraturan, mana mungkin kejayaan dapat dicapai dalam hidup ini.
Sememangnya untuk mempercayai suami aku memerlukan kekuatan hati yang kadang2 terganggu disebabkan cemburu dan rasa tidak percaya yang dia takkan melukai hatiku lagi. Yang aku mampu hanyalah berdoa semoga perkara ini tidak akan berlaku lagi. Namun begitu untuk meletakkan harapan yang tinggi yang hubungan kami akan kekal hingga ke akhir hayat masih tidak mampu aku simpan di dalam hati ini kerana aku tak mahu dilukai lagi dengan lebih mendalam pada masa akan datang. Aku hanya boleh meletakkan segala2nya yang kepada kekuasaan ALLAH. Yang pasti aku akan cuba hidup dengan sebaik mungkin untuk menikmati kebahagiaan yang ada di dunia sementara ini kerana yang pasti adalah akhirat yang menanti.