Pages

Friday 30 November 2012

Morning Everyone

Selamat pagi semua.. Sebenarnya saya tiba-tiba terjaga daripada tidur dalam pukul 5.30pg disebabkan sakit perut yang amat sangat. Perut saya seperti rasa sebu dan sakit apabila hendak membuang air kecil. Mungkin disebabkan baru hari ke-3 datang bulan ni.

Namun begitu, saya dapat merasakan kelainan keadaan fizikal saya semasa datang bulan. Kebiasaannya, saya akan mengalami period pain yang teruk sehingga tidak mampu bangun tetapi kali ini hanya mengalami rasa sebu yang amat sangat dan tidak mengganggu aktiviti seperti berjalan, duduk dan sebagainya. Cuma masih terasa sedikit sakit ngilu pada kawasan perut disebabkan luka pembedahan di bahagian dalam perut masih belum baik lagi.

Walaupun begitu, saya tetap ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kekuasaanNya menyembuhkan saya daripada penyakit ini. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang pada setiap umatNya. Alhamdulillah.

Saya juga ingin berkongsi doa penawar yang saya dapat cari daripada blog yang lain. Diharap ia dapat diamalkan oleh saya dan kenkawan sekalian.

 Doa ini boleh diamalkan oleh kenkawan yang ada cyst macam saya...

Thursday 29 November 2012

Anniversary ke-3

Tanggal 29hb November 2012 merupakan hari paling bermakna dalam hidupku. Ini kerana ia merupakan hari pernikahan aku dengan suami yang tersayang. Tetapi pada tahun ini, ia merupakan detik yang cukup sedih dalam hidupku kerana kami tidak meraikannya malah kami perlu mengambil masa untuk mengeratkan semula hubungan kasih kami disebabkan pergaduhan yang teruk yang berlaku pada 21hb November yang lalu.

Sebenarnya, aku amat berkecil hati disebabkan suamiku menggunakan alasan untuk menjaga ibunya yang keseorangan disebabkan ayah mertuaku pergi ke Yogjakarta, walhal aku baru ajer beberapa hari pulang daripada hospital selepas menjalani pembedahan cyst. Aku hanya ingin dia menjagaku sepertimana aku melayannya semasa dia mengalami kemalangan jalan raya pada bulan lepas.

Disebabkan itu, aku mengalami trauma yang amat sangat dan aku sendiri merasakan kesukaran untuk menyayangi suamiku sama seperti dahulu. Bagaimana kalau kenkawan berada di tempatku? Mestilah berasa cukup sedih ditinggalkan semasa menanggung sakit yang amat sangat, padahal kita hanya ingin meminta sedikit belas ihsan dan belaian daripada suami untuk menghilangkan kesakitan yang ditanggung.

Walaupun telah berakhir kemarau tersebut selepas perbincangan dari hati ke hati antara aku, suami, ibu bapa mertua dan ibu bapaku; ia tetap meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hatiku. Di dalam perbincangan tersebut, aku telah berjanji untuk mengubah kelemahanku iaitu 'suka berkata ingin cerai' dan 'mengurangkan sikap cepat melenting' dan suamiku pula akan cuba untuk mengurangkan aktiviti 'keluar malam dan balik lewat' dan 'mengubah cara bercakap yang lebih lembut' serta menjadi lebih 'bertanggungjawab' ke atas diriku.

Namun begitu, aku akan lebih berhati-hati supaya aku tidak terus disakiti lagi. Sekiranya, sudah termaktub jodohku dengan suamiku hanya di pertengahan jalan, aku akan lebih bersedia untuk menghadapi masa hadapanku dengan lebih baik.

Aku tetap berharap lembayung aura Maal Hijrah tahun ni dapat membantu kami berdua dalam memperbaiki hubungan kasih antara kami dan dapat mengharungi ranjau rumahtangga ini dengan lebih baik dan bersama hingga akhir hayat.

Semoga ALLAH memberkati doaku ini dan melimpahkan rahmat ke dalam rumahtangga kami. Amin..(",)