Pages

Friday 13 December 2013

JOm NangIS

Dear Diary,
Kaum lelaki selalu berkata menangis adalah senjata kaum wanita. Kaum lelaki akan lemah apabila melihat titisan air mata kaum wanita? Betulkah begitu?

Bagi aku air mata kaum wanita bukanlah senjata yang melemahkan kaum lelaki tetapi ia memberikan ketenangan kepada diri mereka. Kenapa aku berkata begitu? Ini kerana apabila aku menangis aku dapat mengeluarkan apa yang berselirat di fikiran melalui luahan kata2 hati walaupun ia tidak kedengaran. Sekurang2nya apabila menangis, hati wanita akan menjadi lebih teguh untuk menghadapi dugaan yang dihadapi dengan mendidik hati supaya bersabar, redha dan tabah untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, melalui tangisan jugalah dapat mendidik minda untuk berfikiran dengan lebih positif dengan memahami setiap dugaan yang dihadapi adalah ketentuan daripada ALLAH TAALA. Maka, sebagai hambanya kita sebagai wanita belajar untuk redha supaya sekiranya di dunia kita tidak dapat mengecapi kebahagiaan tetapi di akhirat akan menanti kebahagiaan yang kekal abadi yang telah ditetapkan oleh Yang Maha KUASA.

Hari ini, aku mengalami tamparan yang hebat dalam kerjaya aku sebagai pendidik. Tamparan tersebut bukanlah berkaitan dengan para pelajar tetapi lebih kepada politik pejabat yang melampau. Semenjak akhir2 ini, aku langsung tidak mempunyai keghairahan untuk bekerja kerana aku tahu aku dah tak larat nak meneruskan hari2 biasa dengan mengetuk punch kad pada setiap pagi dan petang. Malah, aku rasa bekerja sekarang ni ibarat hanya menunggu gaji pada akhir bulan. Ini kerana apabila aku bekerja demi memastikan perjalanan sesuatu tugasan berjalan dengan lancar, orang akan mengata aku mahu menunjuk2 kerja yang aku lakukan. Padahal, aku lebih mementingkan ilmu yang ALLAH bagi dapat dikongsi dengan pelajar2 demi menyampaikan amanah ALLAH.

Sememangnya aku bukan seorang yang sempurna, tetapi aku tahu kerja yang perlu aku laksanakan. Kadang2 aku berfikir apa jadi KETUA kalo tidak dapat menunjukkan contoh yang baik kepada anak buah. Disebabkan itu, aku amat berharap aku dapat mengubah kerjaya aku sebagai peniaga supaya aku memberikan contoh yang terbaik mengikut caraku. Di samping itu, aku tidak suka orang menyuruh aku bekerja dengan baik padahal ramai lagi pekerja lain diberikan tugasan yang senang kerana orang itu sememangnya sudah MALAS bekerja. Sepatutnya sebagai ketua dia perlu menegur sikap pekerja yang dah LAMA dan SEBAL itu supaya menunjukkan contoh yang terbaik kepada pekerja yang lebih MUDA.

Selain itu, apabila semua orang inginkan KUASA untuk menunjukkan diri sebagai PEMIMPIN padahal mereka tidak tahu apabila mereka memegang jawatan tersebut, bukan sahaja membawa status tapi dengan amanahnya sekali. Adakah mereka mampu untuk memikulnya? Entahlah hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.

Di samping itu, apabila ada kawan yang menggunakan kita sebagai kambing hitam untuk mengukuhkan alasan yang sememangnya TIDAK KUKUH LANGSUNG. Kadang2 aku fikir susah ke nak menyatakan diri kita sendiri TAK NAK melakukan perkara itu dan mengaitkannya dengan orang lain? Perlukah berbuat begitu? Entahlah..manusia..manusia..itulah kelemahannya..Apabila ada perasaan takut untuk bersuara menyebabkan kita mengaitkannya dengan orang lain.. Orang seperti ini adalah musuh dalam selimut yang paling teruk dan mesti ditangani dengan betul supaya tidak memakan diri sendiri kerana ia boleh menikam diri daripada belakang tanpa kita sedari.

Walaubagaimanapun, aku amat berharap tahun 2014 akan memberikan ruang yang lebih baik untuk aku mengatur semula kewangan dan pengurusan masa aku lebih baik. Aku tidak suka nak berpura2 di hadapan bos tentang siapakah diri aku sebenarnya.. Yang pasti kerja aku mesti dilaksanakan dengan baik dan mencapai target yang aku tetapkan dan yang paling penting aku inginkan keREDHAan ALLAH. Amin..

Sunday 1 December 2013

Istanbul Aku Datang

Hari ni aku layan citer "ISTANBUL AKU DATANG". Best gak..Dulu nak tgk kat wayang tp xde kesempatan pun..

Tapi sorotan citer ini hampir menyerupai kisah hidupku..Ayat Beto Khusairy yang menangkap di hati ialah
"Awak terlalu baik untuk lelaki seperti itu". Ayat tersebut membawa maksud yang mendalam di hati ini..Entahlah, apabila hati ini sakit pasti akan menyebabkan aku berfikir banyak perkara, sebab sekarang ini aku hanya mengambil tindakan mendiamkan diri daripada berkata2 kerana rasanya lagi marah2 lagi sakit hati dan sakit kepala. Tapi bila diam, aku lebih suka meluahkannya di dalam diari aku ini. Lega sikit rasanya walaupun tak kesemuanya dapat diluahkan..

Selain itu, apabila dapat melihat pemandang istanbul, Turki yang cantik itu menyebabkan aku terasa ingin pergi ke sana. Aku nak juga melihat kesan sejarah yang menceritakan kejatuhan empayar Islamiyah gemilang iaitu Empayar Othmaniah dan kejatuhan empayar Byzantine.. Seronoknya..semoga impian ini tercapai..


Sekarang ini, aku memulakan kembali aktiviti membaca semula..Membacakan hobi aku yang mula2 sekali.. Alhamdulillah, apabila aku membaca buku, aku dapat melupakan sebahagian perkara yang menyedihkan dalam hidupku.. Kebanyakan buku yang aku baca sekarang ni lebih kepada buku motivasi supaya aku memastikan aku tidak tersasar daripada jalan yang sebenarnya..dan yang paling penting jati diri aku kekal pada tahap yang paling stabil sepanjang masa.. Walaupun badai melanda dalam hidup, aku selalu berdoa yang aku mampu untuk meredahnya dengan tabah dan tenang..Amin..

Sunday 24 November 2013

Layan lagu ni dulu untuk kurangkan stress yang mencengkam diri ini..

Something is missing..

Hari ni aku terasa ingin meluahkan kesedihan yang bersarang di hati..Kesedihan ini bukannya berkaitan dengan suami aku tetapi lebih kepada diriku sendiri. Aku terasa seperti kehilangan sesuatu di dalam diriku.."Yes, something is missing"..Entahlah, semenjak akhir2 ni aku langsung tidak rasa seronok dengan apa jua kerja yang aku lakukan terutama apabila aku berada di pejabat..Aku terasa seperti robot yang melaksanakan perintah yang telah direkodkan di dalam cipnya. Tiada rasa teruja untuk melakukan sesuatu keje seperti yang aku suka lakukan pada suatu ketika dulu.

Adakah ini simptom pertengahan umur yang perlu dilalui oleh semua orang atau disebabkan perubahan hormon yang tidak stabil dalam diriku ini? Selain itu, aku sudah ponteng daripada menghadiri kuliah di UTM hampir 3 minggu kerana aku tidak mempunyai mood untuk mengulangkaji pelajaran. Di samping itu, kekangan kewangan yang meruncing juga menyebabkan aku terasa seperti ingin berhenti daripada belajar. Tetapi disebabkan aku sudah meminjam duit ayah aku untuk melangsaikan hutang pengajian di UTM maka aku perlu juga meneruskannya. Tinggal sebulan lagi sebelum final exam berlangsung tetapi aku tidak bersedia untuk menghadapinya.

Di samping itu, politik pejabat yang meruncing antara aku dengan juruteknik dan kawan baik yang suatu dulu aku kenali. Kadangkala apabila ada manusia yang suka membodek bos untuk berjaya menyebabkan orang yang bersungguh-sungguh untuk melakukan kerja akhirnya tertinggal di belakang. Itulah yang aku hadapi sekarang. Aku tidak pasti adakah kepulanganku ke jabatan elektrik adalah perkara yang terbaik atau sebaliknya? Sekarang yang pasti kepulanganku ke sana tidak memberikan suasana yang baik kepada sebahagian penghuni jabatan elektrik. Adakah mereka menganggap aku sebagai suatu masalah atau halangan mereka untuk mencapai apa yang mereka hajati? Yang pasti aku langsung tidak berminat untuk menjadi batu penghalang mereka. Yang aku inginkan ialah sebelum aku meninggalkan MARA aku dapat menabur bakti yang secukupnya kepada anak bangsa Melayu yang semakin keciciran daripada semasa ke semasa. Aku juga berharap aku dapat mengumpulkan wang secukupnya untuk mencapai impian aku mempunyai perniagaan aku sendiri dalam tempoh 3 tahun lagi.

Semoga aku dapat mencari kekuatan aku kembali untuk meneruskan pengajian dan mencapai impian aku nanti. Ya Allah perkenankanlah doaku ini.

Tuesday 12 November 2013

Am I pregnant?

Dah lama x menulis dalam diari maya ni. Hari ni terasa nak meluahkan apa yang terpendam di hati utk kesekian kalinya. Sebenarnya, aku berasa gembira sangat2 apabila hampir 3 minggu period aku lewat. Tetapi, hari ni perasaan gembira telah bertukar duka kerana kewujudan titisan darah kotor mula memunculkan dirinya. Ini kerana semasa aku lewat 2 minggu aku sudah melakukan scan dan ada tanda kewujudan satu titik yang mngkin menunjukkan adanya kehidupan di dalam rahimku. Namun begitu, perasaan aku hancur apabila turunnya darah kotor ini. Mungkin aku perlu berehat di katil beberapa hari atau sememangnya aku period? Entahlah, semua bercampur-baur. Yang aku tahu, emosi aku langsung tidak stabil.
Aku terasa banyaknya dugaan yang perlu aku hadapi sejak akhir2 ini. Dari satu perkara kepada satu perkara yang lain sehinggakan ia meruntun jiwa. Aku amat mengharapkan percubaan kali ini berjaya tetapi aku masih mendapat hasil yang mengecewakan. Entahlah, adakah aku memang mengandung atau itu hanyalah kerana perasaan yang kuat untuk menjadi ibu? Sekarang ni, aku terasa macam nak putus asa daripada memikirkan sama ada aku akan menjadi ibu atau pun tidak? Yang aku tahu, kalau keadaan ini berterusan aku sendiri yang akan meminta cerai supaya aku tidak lagi dibelenggu dengan pertanyaan samada aku akan mempunyai zuriata ataupun sebaliknya. 
Aku terasa putus asa yang melampau sekarang ni sehinggakan aku pun tak tahu kenapa susah sangat aku nak memiliki zuriat sendiri. Sudah banyak cara yang aku lakukan daripada mencuba perubatan tradisional hinggalah ke perubatan moden. Mungkinkah aku ni mandul? 
Macamana aku hendak jelaskan kepada suamiku? Adakah dia dapat menerimanya dengan baik atau sebaliknya? Aku pun tak tahu bagaimana nak menerangkannya kepada dia. Beberapa minggu ni kami diulit kebahagiaan tetapi kebahagiaan itu bagaikan disentap dalam sekelip mata sahaja. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya. Amin..

Thursday 25 July 2013

Ramadhan yang mencabar

Sesungguhnya bulan Ramadhan kali ini agak mencabar untuk diriku. Ini kerana badanku sentiasa berasa tidak sihat sepanjang tempoh 17hari ini. Entah kenapa ia jadi begitu. Mungkin kerana aku langsung tidak melakukan apa2 aktiviti senaman sepanjang Ramadhan ini. 
Selain itu, aku cuba melaksanakan kesemua kerja2 rumahku seperti membasuh dan menggosok pakaian, menyapu dan sebagainya dengan sebaik mungkin walaupun aku tahu aku tidak mempunyai daya tubuh yang baik. Yang mana aku termampu aku cuba selesaikan.
Di samping itu, aku cuba mengembalikan rumahtanggaku kepada keadaan yang lebih menggembirakan walaupun aku tahu bukannya mudah untuk aku melupakan kenangan pahit yang melanda hubungan kami sejak akhir tahun lalu. Sememangnya banyak perkara yang aku perlu bertoleransi dengan suami aku terutamanya berkaitan dengan hubungannya dengan kawan2 perempuan dan sikap inginkan kebebasan yang sentiasa ada dalam dirinya. Namun begitu, kadang-kala aku tidak mampu untuk mengawal amarahku kerana aku sentiasa suka hidup yang mengikut peraturan. Jika tiada peraturan, mana mungkin kejayaan dapat dicapai dalam hidup ini.
Sememangnya untuk mempercayai suami aku memerlukan kekuatan hati yang kadang2 terganggu disebabkan cemburu dan rasa tidak percaya yang dia takkan melukai hatiku lagi. Yang aku mampu hanyalah berdoa semoga perkara ini tidak akan berlaku lagi. Namun begitu untuk meletakkan harapan yang tinggi yang hubungan kami akan kekal hingga ke akhir hayat masih tidak mampu aku simpan di dalam hati ini kerana aku tak mahu dilukai lagi dengan lebih mendalam pada masa akan datang. Aku hanya boleh meletakkan segala2nya yang kepada kekuasaan ALLAH. Yang pasti aku akan cuba hidup dengan sebaik mungkin untuk menikmati kebahagiaan yang ada di dunia sementara ini kerana yang pasti adalah akhirat yang menanti.

Friday 14 June 2013

Kakiku sakit

Hari ni slps hampir 2 minggu aku berthn drp berjumpa doc, akhirnya aku kalah jua..aku dpt ubat thn sakit dan ubat sapu, malah doc suruh berehat krn ligamen di bawah lutut membengkak dan ketegangan...terpaksalah aku berehat drp aktiviti yang menyebabkan aku berdiri, berjalan dan membongkok utk suatu tempoh masa yg lama..malah, aku x dibenarkan buat aktiviti yg lasak.. sememangnya sakit satu bdn dibuatnya... cptlah sembuh wahai kaki..

Thursday 13 June 2013

Ainan tasneem-150juta kali

Lagu ni aku suka disebabkan lirik lagunya.. Kenapa yer? Sebabnya ialah kita belajar untuk menerima kekurangan dan kelemahan org lain. Selain itu, kita juga menjadikan kelemahan dan kekuatan org lain sebagai kekuatan dalam diri kita. Di samping itu, dengan penerimaan yang baik antara kedua-dua belah pihak akan membolehkan kita melayari bahtera kehidupan berumah tangga dengan baik sekali. InsyaALLAH.

Wednesday 12 June 2013

Mendung beralih pergi

Pertama sekali aku ingin mengucapkan kesyukuran yang amat sangat ke hadrat Ilahi, kerana memberikan lagi peluang kepada diriku untuk mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sememangnya, mendung yang melanda kehidupanku sebelum ini mula berlalu pergi walaupun masih ada yang tertinggal di hati ini.Tapi aku cuba untuk melepaskannya pergi baki kesakitan yang pastinya tidak akan dilupakan sepanjang hayat.. Selain itu, aku cuba kembali kepada jati diri aku yang asal iaitu aku tidak mudah untuk putus asa dalam meneruskan kehidupan sama ada aku akan kekal dengan suamiku atau sebaliknya.
Di samping itu, aku langsung tidak mahu meletakkan apa2 harapan yang indah dalam melayari kehidupan rumah tanggan aku. Ini kerana aku takut aku tidak mampu lagi untuk berpijak pada bumi yang nyata sekiranya perkara yang sama berulang lagi pada masa akan datang.
Yang pasti, aku akan cuba untuk membaiki tahap kewanganku supaya pada masa genting akan ada jalan kedua untuk aku menjalani kehidupanku dengan lebih baik. Kepada suamiku, yang aku harapkan ialah supaya dia tidak terlampau memandang kepada rupa luaran seseorang untuk mendapatkan kebahagiaan. Tetapi, kalau itu yang dipilihnya, dan masih tidak dapat menerima aku seadanya, aku redha untuk dia pergi daripada kehidupanku pada masa akan datang. Ini kerana taklik yang telah dilafazkan di hadapanku akan menjadi pendinding buat diriku dan peringatan buat dirinya supaya sentiasa berjaga2 dengan apa yang dia lakukan.
Untuk membina kepercayaan dalam diriku adalah amat susah kerana luka yang ditinggalkan olehnya cukup menusuk kalbu sehingga ia sentiasa menjadi mimpi buruk dalam tidurku. Tetapi apakan daya, aku kene menerimanya dengan redha dan sentiasa berharap perlindungan daripadaNYA supaya aku tidak akan dianiaya lagi pada masa akan datang.. InsyaALLAH..

Jom layan video ni jap (",)..

Wednesday 3 April 2013

Enough..

Akhirnya aku sudah meletakkan perkataan "enough" dalam diari hidupku. Kenapa? Ini kerana aku tidak mahu meletakkan apa2 harapan pun dalam rumahtangga kami. Aku tidak mampu menanggung lagi kesedihan dan ketidakpuasan untuk menjadi ciri isteri idaman bagi suamiku. Yang aku tahu, sekiranya masalah ini masih tidak dapat diselesaikan, aku perlu keluar daripada rumah dan menjauhkan diriku daripada suamiku untuk sementara waktu.
Esok, aku akan pergi ke Kuantan bersama suamiku dan adikku Madir tetapi aku tidak pasti keadaan kami akan baik atau sebaliknya. Ini kerana aku masih merasakan susah untuk menerima kesan pertengkaran yang berlaku pada semalam. Aku ingatkan dengan aku berdamai dengannya dapatlah meredakan keadaan yang meruncing ini. Tapi apakan daya, api pergaduhan semakin membara.MasyaALLAH.
Selain itu, kami juga didatangi kakak angkat yang bernama Ella. Kak Ella meminta pertolongan untuk menyiasat kecurangan Dato' kepada isterinya. Yang peliknya, Dato' ni berkahwin dengan isteri muda yang berumur 18thn tetapi isteri pertamanya baru sahaja 28 tahun. Baharu suami aku tahu perasaan seorang isteri yang sanggup bersusah-payah mencari bukti untuk menyelamatkan suaminya daripada terus menerima isteri pisau cukur. Bagaimana nasib anak2 isteri pertama yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada si Dato'? Macam2 betul masalah keluarga di dunia ini.
Walaupun, aku akan menjadi janda pada masa akan datang, aku telah menerima keadaan ini dengan sepenuh hati yang tenang kerana aku sudah tidak mampu untuk menanggung kesedihan yang melanda diriku. Aku ingin kebahagiaan bukannya penderitaan. Semoga aku menemui kebahagiaan yang aku impikan walaupun aku adalah seorg janda. Amin.

Tuesday 26 February 2013

Putus asa..

Setelah sekian lama aku menyepikan diri drp diari mayaku ini, akhirnya aku terpaksa juga mencoretkan luahan hati pada masa ini. Sebenarnya, aku telah meluahkan kpd suamiku yg aku sudah tidak mampu utk meneruskan hubungan kami lagi. Ini kerana aku sudah tidak mampu utk menanggung kesakitan yg bersarang di hati aku lg. Aku ingatkan kebahagiaan seketika yg kami miliki ini akan kekal sehingga akhir hayat rupanya badai volume kedua melanda lagi. Pedih sungguh hatiku ibarat ditusuk pedang yang tajam dan disapu dengan racun yang boleh membawa kematian serta-merta. Akhirnya, aku mengambil keputusan utk membawa diriku sendiri. Aku menyuarakan hasrat utk keluar drp rumahku ini tetapi tidak dizinkan suamiku. Aku bukannya cemburu cuma aku tidak mahu dia berzina lg. Cukuplah dosa yang dulu dan jangan ditambah lagi kerana aku tidak mahu dia hidup bergelumang dosa. Begitu juga, aku menyedari yang aku tidak layak utk menjadi isterinya sbb aku tiada sebarang kelebihan yg dpt menambat hatinya. Yang ada pada diriku hanya kekurangan yang menyebabkan kebahagiaan amat sukar utk dimiliki oleh kami berdua. Selain itu, jodoh kami hanya setakat ini sahaja. Aku x mungkin menagih cintanya lagi kerana di hati suamiku sudah tiada cinta, yang ada hanyalah kasihan kpd diriku krn x sanggup nk melepaskan dirinya drp hidupku. Aku hanya berharap dgn sedikit nilai pd harga diriku ini dpt aku bina semangat utk aku meneruskan sisa rumahtangga aku yg ibarat hujung di hujung tanduk. Aku dah x mampu utk meneruskan coretan ini lg, kerana ubat penenang sudah mula berkesan pd diriku.
Semoga aku dpt mimpi yg indah yg dapat menghiburkan hatiku yg lara ini.

Monday 11 February 2013

Gong Xi Fa Cai

Selamat menyambut tahun baru cina kpd semua msyarakat cina pd tahun 2013 ini. Semoga mendapat 'ONG' yg banyak drp pelbagai aspek kehidupan.

Thursday 17 January 2013

Aku & Suami sedang menuju bahagia..

Sudah lama aku tidak update blog ni. Aku sibuk menyelesaikan masalah rumahtanggaku dan mencuba untuk menapak ke arah kehidupan yang lebih baik. Alhamdulillah selepas perjumpaan kami berdua di mahkamah, akhirnya kami telah mencapai persetujuan untuk mencuba memulakan semula kehidupan kami dengan sebaik-baiknya selama tempoh 3 bulan ini seperti yang tercatat dalam taklik pada sijil nikah. Aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik kepada suamiku dan suamiku juga akan cuba untuk menjadi suami yang terbaik untuk diriku. Malah, kami akan meneruskan perubatan secara Islam dengan Ustaz Ibrahim bin Kamsan untuk mengubati santau yang dihidapi suamiku. Aku juga mula menyertai kelas senamrobik dan minum Herbalife secara berterusan. Semoga usaha aku untuk menguruskan badan ini akan berjaya dan menambat hati suamiku hingga akhir hayat kami berdua. Amin.

Friday 4 January 2013

Jay Chou - Simple Love

Video lagu yang aku suka... "Simple Love" daripada Jay Chou.. Sesungguhnya cinta itu mudah tetapi untuk mengharunginya memerlukan kekuatan luar biasa supaya DUA HATI dapat bersatu (",).

Sabar Menghadapi Gangguan

Sememangnya ujian ALLAH tiada siapa yang tahu bila ia akan bermula dan bila ia akan berakhir. Tapi sebagai hambaNYA kita perlu redha untuk menghadapinya dengan hati yang tabah dan sabar. "Sabar adalah sebahagian daripada iman". Selama ini, perkataan 'sabar' sentiasa meniti daripada bibir semua orang tetapi adakah kita mengetahui maksudnya dengan sebenar-benarnya. 'Sabar' adalah perkara yang aku pelajari dalam menghadapi kemelut rumahtangga kami. Aku tidak menyangka aku dapat menghadapi keadaan yang runcing ini dengan tenang dan sabar. Malah aku menyedari betapa aku mempunyai sahabat-sahabat yang terbaik seperti Kak Odah, Kak Sal, Kenkawan Bikers, Non, Imah, Esma, Fazli, Kak Nurli, Khairi, Kak Shidah dan Puan Nik yang banyak membantu aku mengharungi ujian ini dengan penuh kesabaran. Selain itu, aku juga memiliki ibu bapa dan adik-beradik yang sentiasa menyokong keputusanku daripada belakang walaupun kadang-kala keputusanku sentiasa berubah mengikut keadaan. Yang paling penting, ALLAH sentiasa bersamaku kerana hanya padaNya, aku mendapat kekuatan iman dan hidayah untuk membantu aku membuat keputusan yang terbaik untuk diriku.

Ujian ALLAH ini mengajar aku supaya 'Sabar' menghadapi gangguan rumahtangga yang bukan sahaja secara lahiriah tetapi juga batiniah. Gangguan secara lahiriah ialah gangguan manusia yang ingin meruntuhkan rumahtanggaku hanya kerana ingin mendapatkan kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan impak kepada diri orang lain. Tetapi pepatah Melayu, "kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi". Apabila adanya 'give and take' antara dua manusia boleh menyebabkan diriku menghadapi tekanan yang kuat sehingga aku terlupa sama ada aku penyebabnya. Alhamdulillah dengan hidayah ALLAH, aku menjumpai jawapan sebenarnya. Dengan KEMAAFAN aku dapat mencari ketenangan diri yang aku tidak pernah alami sepanjang hidupku ini dan kami suami-isteri dapat kembali hidup bersama dalam situasi yang lebih baik.

Selain itu, gangguan secara halus yang paling menakutkan kerana perkara ini menggunakan perantaran jin/syaitan. Kami terpaksa menghadapinya dengan bantuan Ustaz Ibrahim bin Kamsan bagi menangani masalah ini. Untuk itu, sabar dan iman adalah kunci utama untuk kami melawan makhlus halus yang sedang mengganggu kesihatan kami.

Kesimpulannya, sabar dan iman membantu kami mengahadapi ujian ALLAH dengan sebaik-baiknya. Ia juga membawa kami berdua untuk lebih mengenali ALLAH s.w.t. Semoga kami dapat bersama-sama menuju ke jalan bahagia dunia dan akhirat. Amin.

Yang Ditunggu Sudah Tiba

Semalam tengahari, surat keramat daripada JAIM Jasin telah tiba di rumah. Aku tiba-tiba pening kepala memikirkan macamana nak memberitahu perkara ini kepada suami aku. Bukannya apa, aku risau dia tidak mahu menghadiri sesi kaunseling yang akan diadakan oleh JAIM. Ini kerana pada kali pertama, dia pernah menyalahkan aku kerana merujuk masalah rumahtangga kami ke JAIM. Tetapi, ini kali kedua rumahtangga kami bergolak dengan keadaan yang teruk, lagipun pada masa tu dia sendiri dah berkata sudah tawar hati kepadaku. Maka, aku mengambil keputusan untuk menyelesaikan dengan cara yang baik di JAIM. Sekarang ini keadaan sudah semakin reda, tetapi aku tetap mahu kami berdua ke JAIM untuk menghadiri kaunseling. Ini kerana aku tidak mahu suamiku mengulangi kesilapan yang sama dan menyakiti hatiku dengan teruk sekali. Selain itu, aku mahu dia berani membuat keputusan YA atau TIDAK dan mengaku kesalahannya dengan sejujurnya. Walaupun dia sudah banyak berubah, hatiku tetap berkata-kata sama ada dia benar-benar ikhlas kembali kepadaku dan ingin hidup bersama sehingga akhir hayat. Kadang-kala apa yang dilihat oleh mata tidak sama apa yang tersirat di dalam hati manusia.

Aku juga ingin bertanya sama ada dia memang sudah bersedia sebenar-benarnya untuk menjadi suami dan ayah yang mithali kepada keluarga kami. Sememangnya dia hendak melaksanakan tanggungjawabnya dan mencintai serta menyayangi aku tanpa syarat. Entahlah, aku hanya boleh mendapatkan jawapan itu semasa sesi kaunseling sahaja. Ini kerana, kalau aku bertanya sekarang pastinya suami aku takkan memberikan jawapan tersebut. Selain itu, aku tidak mahu dia hanya nak bersama aku semasa dalam keadaan susah, tetapi apabila sudah senang aku dilupakan begitu sahaja. Aku takut kalau keadaan itu berlaku lagi, aku mungkin akan membencinya seumur hidup aku.

Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Kedatangan tahun baru 2013 ini amat aku nantikan. Kenapa yer? {",) Ini kerana aku mengharapkan tahun 2013 akan memberikan sinar baru dalam kehidupan kami berdua. Selain itu, semasa aku melafazkan doa awal tahun, aku memohon kepada ALLAH segala yang telah berlaku pada tahun 2012 akan menjadi iktibar dan panduan dalam kehidupan kami supaya kami dapat melayari bahtera rumahtangga dengan harmoni dan bahagia.

Aku juga mengharapkan keadaan ekonomi kami akan lebih baik pada tahun ini. Diharapkan jualan baju dan barangan lain melalui internet akan dapat menghasilkan pulangan yang lumayan kepada kami berdua. Aku juga berharap suami aku akan disahkan jawatan dan dapat dinaikkan pangkat pada tahun hadapan. Selain itu, kami berdua dapat pergi ke Vietnam untuk membeli barangan untuk dijual pada hari raya tahun ini.

Di samping itu, aku berdoa kami akan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Ini kerana aku amat merindui kehadiran anak yang menjadi amanah ALLAH sebagai penyeri rumahtangga kami. Namun begitu, takdir ini adalah ketentuan ALLAH jua.

Aku juga berharap kemarau yang melanda dalam rumahtanggaku dan hubungan antara ibu bapaku dan ibu bapa mertuaku akan kembali jerneh seperti sediakala. Sememangnya pahit untuk ditelan tragedi sedih dan berdarah yang melanda rumahtangga kami tapi aku yakin dengan kasih sayangNya yang mampu membuatkan kami bertahan dan mengharungi cabaran rumahtangga kami.

Semoga ALLAH memberkati usaha kami berdua. Amin.