Pages

Monday 31 December 2012

Apakah perubahan yang dilakukan?

Sememangnya untuk manusia itu berubah ke arah kebaikan perlu melalui pelbagai ranjau dan dugaan yang tidak dapat diduga kesudahannya. Begitu juga aku. Untuk mengembalikan keharmonian rumahtangga, aku berkorban untuk mengubah sikapku yang negatif kepada yang positif bagi memenangi kembali hati suamiku dan membina suasana yang lebih harmoni pada masa akan datang.

Antara perubahan yang aku lakukan adalah:
a) Aku mengubah cara penampilan diriku dengan mengenakan make-up dan memakai pakaian yang cantik dan lebih kemas. Pakaian yang lama telah aku bungkuskan untuk aku sedekahkan kepada anak-anak yatim dan anak orang asli dengan bantuan seorang cleaner di tempat kerjaku,

b) Memastikan kebersihan rumahku pada tahap yang optimum. Setiap hari aku memastikan aku akan mengemaskan rumah dan menyusun setiap barang dalam keadaan yang teratur. Di samping itu, aku juga akan membasuh, menyidai dan melipat baju untuk membolehkan kesemua pakaian sentiasa ada di dalam almari.

c) Memasak makanan kegemaran suamiku. Aku akan memastikan setiap masakan aku akan dimaklumkan kepada suamiku terlebih dahulu. Ini bagi membolehkan aku megetahui citarasa dan seleranya. Aku akan menggunakan waktu rehat tengahari untuk menyediakan bahan-bahan bagi masakan pada hari tersebut.

d) Aku juga berazam ingin menguruskan badanku  yang montel ini. Sekarang badan aku adalah seberat 64.1kg. Target aku ialah 55kg dalam tempoh 3 bulan. Aku juga cuba untuk mengubah cara pemakanan yang tidak berkhasiat kepada yang lebih baik (mengandungi kesemua zat makanan dan rendah kolestrol).

e) Aku juga cuba untuk mengubah cara percakapanku kepada suami dengan menggunakan lenggok bahasa yang lebih baik dan melebihkan penggunaan perkataan 'tolong' dalam percakapan kami seharian.

f) Aku juga mengajak suamiku untuk sentiasa bersolat jemaah terutama pada waktu maghrib dan isyak serta mengaji Al-Qur'an untuk menyinari hati kami dengan cahaya iman.

Semoga dengan usaha yang aku lakukan ini, dapat melembutkan hati suamiku untuk menerima cahaya iman dan meningkatkan ketakwaan kami berdua di sisi Allah s.w.t. Ya ALLAH lindungilah kami daripada kejahatan syaitan dan hasad dengki manusia. Kembalikan kebahagiaan rumahtanga kami supaya kami mendapat keredhaan Mu dan kurniakanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat.

Friday 28 December 2012

Taubat

Kami bersama-sama melakukan solat taubat utk memohon keampunan drp Allah swt. Sesungguhnya inilah detik terindah apabila suamiku mengimamkan solat kami berdua. Alhamdulillah, dengan rahmat dan rahim Allah, kami akhirnya menemui jawapan dan jalan penyelesaian kemelut rumahtangga kami. Sememangnya kehadiran org ke-3 boleh meruntuhkan rumahtangga yg baru dibina tetapi nasihatku kpd kenkwn yang menghadapi masalah yg sama, kita hanya perlu kembali kpd Allah utk mencari jawapannya. Dengan kesungguhan hati kita, pasti Allah akan mendengar dan menunjukkan jalan terbaik supaya iman kita tidak tersimpang jauh drp landasanNya. Antara amalan yg boleh dilakukan ialah :

Saturday 22 December 2012

Hari ini dalam sejarah

Akhirnya aku dapat meluahkan segala isi hatiku kepada suamiku.. Hari ini dalam sejarah, kami dapat bercakap dan mendengar isi hati masing-masing walaupun pada masa ini adalah waktu paling genting dalam hidup kami berdua. Sememangnya bukan senang utk aku menerima kenyataan yang telah berlaku, tetapi aku kene redha dengan ketentuanNya. Alhamdulillah aku dpt menerima setiap kekurangan yg ada dlm diri kami berdua dan saling memaafkan kesalahan dan kekurangan kami. Aku juga berharap adanya sinar cahaya Rahmani yang dapat menyinari rumah tangga kami selepas ini. Namun begitu, kami mesti berusaha utk.membaiki kelemahan yg ada dan terus memohon pertolongan drp Allah yang Maha Esa utk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga kami. Amin.

Wednesday 19 December 2012

Mungkinkah akan lebih baik?

Setelah beberapa hari suamiku kembali ke rumah Bemban, terdapatlah perubahan dalam dirinya iaitu dia ada menunaikan solat dan boleh berbincang dengan baik bersama aku. Sebelum itu, pada hari dia kembali ke rumah kami (17/12/12), dia telah menjerit 'Hoi' kepada aku semasa aku sedang mereverse kereta selepas aku mengambil pakaiannya daripada ibu mertuaku. Malah, dia menyalahkanku dengan mengatakan aku masih tidak berubah. Aku bengang sangat pada masa tersebut kerana aku pun tak faham atas sebab apa dia hendak menyalahkan aku seperti itu lagi. Kami bergaduh di depan rumah mertuaku, dan ibu dan bapa mertuaku terpaksa meleraikan pergaduhan kami. Ibu mertuaku suruh aku terus kembali ke rumah. Sebenarnya, memang aku nak balik kerana aku belum solat Asar lagi dan aku ada urusan lain lagi selepas itu.

Apabila aku sampai, aku bertanya "Apa salah saya?". Dia pun menjawab, "Awak masih tak berubah lagi". Aku pun membalas," Apa yang saya tak berubah lagi ni?". Lalu, suamiku menjawab lagi,"Kenapa awak pegi tengok tv? Kenapa tak tolong saya mengemas?". Terpinga-pinga aku dibuatnya. Aku memikirkan dengan rasionalnya, aku baru pulang dari pejabat dan aku kepenatan. Apa salahnya, suamiku menolong sedikit kerana dia masih bercuti sakit sampai akhir bulan ni. Maka, dia memang ada masa untuk mengemaskan pakaian dia. Entahlah aku buntu sangat pada masa tu dan sampai aku mengeluarkan kata-kata berikut,"Entahlah abang, saya pun sampai dah tak tahu nak buat apa lagi coz semua yang saya buat adalah salah di pandangan abang. Terpulangkah kat abang". Seterusnya aku pun mendiamkan diri. Lantas, aku mengambil wuduk dan bersolat Asar bagi mengawal kemarahanku dan meneruskan kerja-kerja megemas meja makan dan membasuh pinggan.

Semasa aku sedang mengelap meja makan, suamiku mula menyakitkan hati aku dengan berchatting dengan perempuan lain menggunakan Whats App. Aku pergi kepadannya dan bertanya "Abang, boleh ayang tengok handphone abang? Ayang nak tengok dengan siapa abang berkawan ni?". Suamiku tak membenarkan aku memegang handphone dia. Lalu aku terus berkata,"Kenapa abang mesti buat perkara ni kat ayang? Kalau dah tak suka, cakap terus-terang, jangan nak sakitkan hati orang". Pada masa tu, azan maghrib berkumandang. Suamiku aku berkata,"Dah, jangan nak carik gaduh, pegi mandi dan solat dulu. Lepas solat abang cakap".

Selepas mandi, aku berpakaian dan bersiap menyediakan tempat solat. Aku mintak suamiku berjemaah bersama. Selesai membaca doa, aku pun meminta penjelasan daripada dia. Aku terkejut sangat apabila suamiku berkata," Abang gurau ajerlah, sajer nak mengenakan ayang". Pada masa tu, air mata aku terus mengalir dan aku menangis sepenuh hati aku. Aku cakap,"Tolong jangan buat lagi abang, ketika marah banyak syaitan keliling kita, susah ayang nak kawal marah nanti".

Sebenarnya, pada masa tu aku pun tak pasti apa sebab aku menangis. Mungkin disebabkan aku marah dia menipu aku atau aku memang sayang padanya sehingga aku tak mahu orang menggganggu rumahtangga aku atau aku terasa berkali-kali abang lakukan perkara ni kepada aku, sehinggakan aku terasa kenapalah perkara ini mesti terjadi pada aku. Memang pada masa tu, perasaan aku bercampur-baur dengan rasa sedih, sedikit gembira, marah dan sebagainya.

Walaupun aku menerima reason yang diberikan, aku tertanya-tanya sama ada ikatan hubungan kami akan lebih baik selepas ini atau sebaliknya. Semoga kami akan cuba untuk mempertahankan rumahtangga kami walaupun memang sukar untuk menghadapinya dan kami terus dilindungi Allah daripada segala kejahatan manusia dan syaitan. Amin..

Monday 17 December 2012

Makaroni Bakar


Resepi Makaroni Bakar (Hidangan : 7-10orang)

Bahan-bahan:
500gm makaroni
2 sudu besar minyak kelapa
2 bungkus daging kisar (direndam dan ditos)
sedikit lada sulah (white pepper)
sedikit lada hitam (black pepper)
5 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit halia (dikisar)

2 tin sup cendawan Campbell (yang putih ok-bukan perisa bolognese)
2 biji telur
1 tin air (mengikut sukatan tin sup cendawan Campbell)

250gm sayur sampur
cheddar cheese
parmesan cheese
garam secukup rasa
sedikit mentega
3-5 sudu besar minyak sayuran/zaitun

Cara penyediaan:
1.   Masukkan makaroni dalam periuk. Isikan air sehingga menutupi makaroni tersebut. Masukkan minyak kelapa dalam periuk. Rebus makaroni tersebut sehingga empuk dan lembut.
2.   Setelah empuk dan lembut, toskan makaroni dan masukkan dalam bekas.
3.   Bersihkan daging kisar tadi dan ditoskan.

4.   Letakkan kuali di atas periuk. Nyalakan api yang sederhana besar. Masukkan minyak sayuran/zaitun.Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.Masukkan daging kisar dan gaul sehingga sebati.

5.   Masukkan lada hitam dan lada sulah. Gaul sekali lagi.
6.   Masukkan sayur campur dan gaul lagi. Masukkan garam dan perasakan mengikut kehendak anda.

7.   Masakkan daging sehingga empuk. Apabila dah empuk, tutup api dan masukkan dalam bekas.
8.   Masukkan sup cendawan ke dalam periuk. Isikan air dalam 1 tin sup cendawan tersebut dan tuangkan dalam periuk.
9.   Masukkan 2 biji telur yang telah dipecahkan. Kacau sehingga sebati dan terus kacau sehingga mendidih.

10. Setelah mendidih, tutup api dan sejukkan.
11. Sekarang, gunakan periuk pemanggang, sapukan mentega pada bahagian atas dan bawah periuk  pemanggang.
 

12. Taburkan selapisan makaroni di bahagian bawah.
13. Taburkan selapisan daging kisar yang telah dimasak tadi di atas lapisan makaroni tadi.

14. Taburkan cheddar cheese di atas lapisan daging kisar tadi.


15. Taburkan sekali lagi makaroni di atas lapisan cheddar cheese tadi.

16. Tuangkan sup cendawan sehingga menutup lapisan makaroni tadi.

17. Taburkan parmesan cheese ke atas lapisan sup cendawan.

18. Tutup periuk pemanggang dan bakar di atas dapur pada api kecil.

19. Setelah masak sepenuhnya, terbalikkan bahagian atas tadi ke atas dapur api dan bakar sehingga masak sepenuhnya.


20. Setelah siap, masukkan dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati. Sudah boleh dimakan (",)


Bakso


Resepi Bakso (Hidangan 7-10orang)


Bahan-bahan Bihun dan Sup Bakso:
1 kg bebola daging
Bawang putih dimesin
Halia yang dihiris
Sedikit lada sulah (white pepper)
Sedikit lada hitam (black pepper)
1 bungkus sup bunjut
2 kiub pati ayam Knorr
1 ikat sayur sawi
1 kg bihun
Garam secukup rasa

Sambal kicap:
10 biji cili padi
1 ulas bawang putih
Kicap manis
Kicap masin
2 biji limau sambal (ambil jus)

Hiasan:
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng

Cara penyediaan:

Bihun dan Sup Bakso
1. Rendam bihun dalam air panas. Setelah lembut, toskan bihun tu.(Saya gunakan maggi goreng ajer).
2. Masukkan air dalam periuk (lebih kurang 1/2 bahagian atau 3/4 bahagian periuk).
3. Masukkan bebola daging, bawang putih dan halia. Biarkan ia mendidih pada api yang sederhana besar.
4. Masukkan lada sulah, lada hitam dan sup bunjut. Biarkan ia mendidih pada api yang perlahan.
5. Setelah mendidih, masukkan kiub pati ayam dan garam. Kacau sehingga ia larut.
Permulaan memasak.

 Selepas mendidih
6. Sayur sawi dibersihkan dan ditos. Kemudian, direbus (jangan terlalu lama) dan ditoskan.
 sayur sawi direbus

setelah siap direbus

7. Tutup api, hidangkan bihun dalam mangkuk dan hiaskan dengan sawi,  daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Sambal kicap
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat.
2. Masukkan kicap manis dan kicap masin. Perasakan mengikut kesuaian anda.
3. Masukkan perahan jus limau. (Tidak perlu banyak sekiranya hendak rasa pedas).



Friday 14 December 2012

Arang (Gadis Sunti) & Magistrate


Semalam, baru abis tengok cerita "Arang and The Magistrate" di laman web korea. Best giler. Siap ada subtitle. Tu yang tak pening kepala, sekurang-kurangnya release siket tension. Banyak sangat perkara yang bersarang di kepala aku ini.

Tapi yang aku suka sangat tengok citer korea ni ialah diorang leh bikin cerita cinta yang macam fantasi. Ibarat tengok cerita fairytale. Yerlah, mestilah kesudahannya adalah happy ending selalu. :)

Selain itu, mereka jugak mengajar kesabaran amat penting dalam menelusuri percintaan terutamanya kepada mereka yang berumahtangga. Walaupun menghadapi banyak ujian, tapi kene sabar dan tenang melaluinya.  Jadi, drama korea ini telah menaikkan semangat aku untuk meneruskan rumahtangga aku yang tengah ditimpa badai ini.

Di samping itu, dalam drama ini, orang Korea juga percaya kepada Tuhan (Dewa) dan fahaman Yin dan Yang (Jahat dan Baik) serta kehidupan selepas mati. Maka, kita leh simpulkan kesemua agama di dunia ini mempercayai Tuhan dan menyuruhnya hambanya untuk membuat kebaikan dan menjauhkan keburukan untuk mendapatkan kebahagian. Selain itu, bagi agama yang mempercayai ada kehidupan selepas mati pastinya mempercayai balasan kebaikan adalah syurga dan balasan kejahatan adalah neraka.

Malah, dalam Islam, konsep Tauhid kepada ALLAH, balasan pahala dan dosa, syurga dan neraka, serta seksaan kubur dan dikumpulkan di padang mahsyar telah diterangkan dengan jelasnya di dalam Al-Quran dan Rasullullah telah menunjukkan kehidupan yang syumul melalui sunnahnya supaya menjadi pegangan kepada kita untuk menelusuri kehidupan yang penuh cabaran ini.

Semoga aku juga semakin kuat dan berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah dan ibu yang mithali kepada keluargaku nanti. Amin.

P/s: Boleh lawat website ini untuk menonton drama tersebut. www.maaduu.com



Wednesday 12 December 2012

Oh HSBC!

Semalam aku keluar ke Bandar Melaka, aku pergi membayar hutang kad kredit aku sebanyak RM200. Aku teringat perbualan telefon antara aku dan pegawai khidmat pelanggan HSBC pada pukul 4.00petang semalam. Macam ni dialog nyer.

Pegwai HSBC: Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Pn Fatimah Waatanie binti Mohd Fadzil
Aku:                   Waalaikumussalam. Yer saya. Siapa yang bercakap ni?

Pegawai HSBC: Maaf puan. Saya pegawai khidmat pelanggan HSBC. Saya nak maklukan puan tentang bayaran kad kredit yang tertunggak sebanyak RM 600.

Aku:                   Yer, saya tahu mengenai perkara itu. Boleh saya bayar hutang tersebut pada 18hb ni sebab masa tu baru gaji saya masuk. Maaf saya tak dapat nak bayar bulan lepas kerana saya masuk hospital untuk pembedahan dan simpanan dan gaji saya gunakan untuk bayar bil pembedahan tersebut.

Pegawai HSBC: Baik puan. Nanti saya tuliskan dalam report ni.

Aku:                   Sebenarnya saya ada beritahu kat kawan awak tentang masalah saya ni. Saya bukan tidak mahu bayar tapi saya memang kurang sihat dan ada masalah kewangan. Jadi saya mohon bantuan tangguh sampai 18hb ni. Masalahnya, kawan awak tu tak faham bahasa. Dia masih nak suruh saya buat bayaran walaupun dia dah tahu masalah saya. Memang takde adab betul. Lagipun bukannya saya selalu miss bayaran pun. Kali ni, memang saya tak dapat nak elakkan. Kos pembedahan saya sahaja dah kene bayaran dekat RM 1ribu. Belum lagi bayaran bil yang lain.

Pegawai HSBC: Maaf puan atas kesilapan kawan saya. Jangan risau. Saya akan catatkan dalam report puan ni.

Aku:                   Baiklah. Saya akan bayar RM 200 dahulu, nanti saya bayar bakinye pada 18hb ni termasuk bayaran statement yang terbaru.

Pegawai HSBC : Baik puan. Maaf sekali lagi puan. Assalamualaikum.

Aku:                    Waalaikumussalam.

Maka, aku pun buat bayaran kad kredit tu semalam. Cuma aku nak luahkan rasa hati ni. Walaupun kerja kita sebagai pemungut hutang, kita kene fikirkan masalah orang lain jugak. Semak dulu cara pembayaran penghutang tu, sama ada dia memang selalu miss atau baru kali pertama miss bayar hutang. Kadang-kala kita nak memudahkan kerja kita sehinggakan hilang belas ihsan dalam diri sendiri tentang masalah orang lain. Lainlah memang orang tu jenis liat bayar hutang, bolehlah ko take for granted pun alasan yang dia berikan.

Tuesday 11 December 2012

Alhamdulillah..

Semalam aku mendapat sms daripada pemilik akaun yang pernah menipu duit aku. Rupa-rupanya dia juga mangsa tipu kepada kawannya yang bernama Mimi. Teruknya dapat kawan macam tu. Itu bukan kawan namanya, kalau aku dah panggil orang haprak, langsung tidak boleh diharap.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah menyelamatkanku semasa mengalami masalah kewangan yang teruk ini. Aku akan menggunakan wang yang ada sebaik-baiknya.

Di samping itu, terdapat pengajaran yang perlu diambil kira iaitu jangan mudah percaya dengan org yang menjual barangan murah tanpa pergi ke premis tersebut dalam urusan perniagaan. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang dan jangan kita menipu orang lain kerana kita kene sentiasa ingat akan balasan Allah yang menanti kita. 

Muhasabah Diri

Alhamdulillah, selepas berjumpa Non dan Fazli aku mula mengorak langkah baru dengan bermuhasabah diriku ini.

Di sini aku dapati aku ada melakukan pelbagai kesalahan/kelemahan, antaranya ialah:

1. suka meninggi suara ketika marah.
2. kurang mendengar tutur kata/pendapat suami dengan baik dan teliti.
3. tidak pandai bergaya dan kurang menjaga penampilan diri.
4. tidak pandai memujuk suami dalam meminta pertolongannya.
5. tidak pandai berlemah-lembut semasa bercakap.
6. suka bercakap "ingin meminta cerai".
7. memberikan kemewahan duit dan harta benda secara berlebihan.
8. cara hidup yang agak bermewahan terutamanya bab makanan dan peralatan rumah.

Itulah beberapa kelemahan yang dilakukan oleh aku sepanjang tiga tahun aku berumah tangga dengan suamiku. Kejadian kali ini aku akan jadikan iktibar dalam hidupku supaya aku dapat mengubah corak kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. InsyaALLAH.

Bagaimanakah aku merubah keadaan ini akan aku nyatakan dalam catatan yang seterusnya. Semoga ALLAH membantu aku melalui ujian rumah tangga aku pada kali ini walaupun aku tidak pasti lagi kami dapat bertahan dalam tempoh 3 bulan lagi atau sebaliknya.

Saturday 8 December 2012

Madir

Siapakah dia? Madir ialah adik bongsuku atau Muhammad Mahathir bin Mohd Fadzil. Adik akulah peneman setia aku sepanjang aku menghadapi ujian Allah swt ini. Semoga Allah memberkati adikku ini dan mengurniakan rahmat dan nikmat dunia dan akhirat kepadanya. Selain itu, adik akulah yang menjadi pendengar setia dan menjadi saksi setiap pertolongan yang aku cuba dapatkan utk menyelesaikan masalah aku ni. Aku berharap pada masa akan datang sekiranya berlaku salah faham antara aku dan keluargaku, dia dapat membantu aku menenangkan ibu bapaku dan memberikan penjelasan yang terbaik kepada mereka. InsyaAllah.

Kebesaran Allah Taala

Sesungguhnya manusia sangat kerdil di dunia ini berbanding dgn segala isi bumi ini yang dijadikan oleh Allah swt. Apabila ditimpa ujian, hanya Allah lah tempat aku meminta bantuan.

Semalam aku berjumpa Non dan Fazli yang membantu aku untuk menyelesaikan masalah rumahtangga aku. Non dan Fazli ada sahabat yang terbaik yang dikurniakan Allah kepadaku. Allah sememangnya Maha Adil dan Maha Pengasih. Dia mengetahui aku tidak mampu untuk mengharungi ujian ini sendirian,maka Dia mengurniakan sahabat yang dapat membantu mengurangkan kesedihan dan kesakitan yang aku alami. Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh kami bertiga mendapat keredhaan Allah. Aku tidak mahu kalah berjuang sebelum masanya.

Namun begitu, sekiranya perjuangan ini sememangnya sudah sampai ke garisan penamat, aku redha dgn segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dia lebih Mengetahui qada' dan qadar untuk setiap hambaNya. Aku hanya mampu berdoa semoga ujian ini mendatangkan rahmat yang terbaik untuk diriku dan suamiku. Insyaallah.

Friday 7 December 2012

Hatiku hancur

Hati aku hancur apabila suamiku mengatakan dia sudah tawar hati kepadaku. Malah aku telah memujuknya untuk bertahan lagi dalam tempoh 3 bulan lagi untuk kami sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Tetapi, dia langsung tidak mahu mengalah.

Aku sememangnya sedih dengan keputusannya tetapi aku telah berjanji pada diriku yang aku akan berusaha dalam tempoh 3 bln lagi utk dia kembali kepadaku. Sekiranya, slps ini usaha yang aku lakukan tidak membuahkan hasil, aku redha dengan keputusannya ingin melepaskanku.

Malah, aku akan terus mendekatkan diriku kepada Allah swt untuk merapatkan hubungan kehambaanku kepadaNya dan meningkatkan kekuatan imanku serta mendapatkan ketenangan yang hakiki untuk aku menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku selepas ini. Semoga usaha aku ini akan berhasil dengan izin Allah.

Ada Ubi Ada Batas..

Pepatah Melayu mengatakan "ada ubi ada batas, ada masa dapat balas", tapi dalam konsep aku "ada ubi ada batas, sampai masa ALLAH yang balas". Itulah pepatah Melayu aku pegang dalam hidupku kerana seperti yang aku belajar semasa di SHARODZ dulu, setiap kebaikan akan mendapat rahmat daripada ALLAH, dan setiap kejahatan yang kita buat akan mendapat laknat daripada ALLAH.

Sesungguhnya, hanya ALLAH yang mengetahui apa yang tersimpan di dalam hatiku ini. Sememangnya semua orang terutama mak dan abah risau dengan keputusanku ingin kembali kepada suamiku. Mereka tidak mahu anaknya ini terus dianiaya oleh suamiku yang masih tidak berubah untuk menjadi lebih bertanggungjawab ke atas diriku ini.

Sebenarnya, aku pun tidak pasti sama ada aku mampu lagi untuk mengharungi kehidupan berumah tangga dengan suamiku. Yang aku tahu, aku hanya ingin mendapatkan kembali hak aku sebagai isterinya.

Malah, aku sudah bersedia untuk diceraikan olehnya pada bila-bila masa pun. Ini kerana aku tidak mahu lagi aku terus disakiti dan dijadikan boneka dalam kehidupan suamiku. Aku sememangnya masih merasakan suamiku hanya terpaksa kembali kepadaku kerana dia sendiri tidak berani untuk melepaskanku. Ini kerana perkahwinan kami adalah keputusan kami sendiri. Maka, sekiranya dia yang putuskan, dia sendiri akan malu di atas kesilapan dirinya sendiri.

Bagi aku, untuk memikirkan aku akan bahagia dengannya pada masa akan datang hanya merupakan igauan atau harapan yang cukup sukar untuk aku capai. Namun begitu, sekiranya telah ditentukan ALLAH aku akan mendapat kebahagiaan dengan suamiku sekarang ini, hanya ALLAH yang dapat menjadikannya nyata. Aku redha dengan ketentuanNYA. Yang aku harapkan ALLAH akan mengasihani aku dan melindungi aku daripada terus disakiti, dianiaya atau dikhianati oleh suamiku sendiri.

Akhir sekali, aku mohon aku diberi kekuatan iman untuk menghadapi ujian ini dan kesabaran yang tinggi untuk aku melaluinya serta ketenangan hati dan mental supaya aku tidak akan tersasar daripada landasan agama yang sebenar-benarnya. Amin.

Wednesday 5 December 2012

Dressing lagi..

Hari ni nak pergi jumpa Dr Hazanath lagi utk buka plaster kat pusat aku ni.. Harapnya selepas ni tiada plaster lagi coz kulit aku mengalami alahan sampai Dr terpaksa bagi ubat sapu untuk mengelakkan aku daripada menggaru di sekeliling pusat tu..

Plan A yang asal aku nak gi dgn adik bongsu aku, Madir tetapi berubah kepada Plan B iaitu aku pergi ngan suami aku coz Madir nak gi antar adik perempuan bongsu aku, Siti Suhaila.. Si Debab ni ada interview jawatan pengasuh ngan Jamiah(bakal ada ipar aku;makwe Alias).. Semoga mereka berjaya mendapat jawatan tersebut..InsyaAllah..

Semasa mendapatkan rawatan doktor tadi, aku berasa sungguh lega apabila aku tidak lagi perlu ke klinik lagi untuk buat dressing, cuma aku kene makan vitamin E yang dapat membantu luka sembuh dengan cepat dan elakkan daripada luka sentiasa lembap.. InsyaALLAH aku akan cuba menjaganya dengan baik..

Tuesday 4 December 2012

Balik umah bemban jap

Hari ini aku baru balik bemban, jenguk umah jap..rindu gak kat umah kitorg tu.. sebenarnya nak antar mc kat kawan sekerja aku.. tapi baru perasan jiran kitorg dah pindah rumah.. xperlah dapatlah jiran baru nanti..
bercakap pasal rumah, aku kene settlekan dokumen pinjaman perumahan next week.. ingatkan dpt bonus awal..rupa2nya sama ngan gaji..sabarkanlah hati coz kewangan agak mendesak jugak ni.. semoga dipermudahkan Allah hendaknya..

Was-Was

Hari ini suamiku sudah berada di rumah keluargaku.. Dia terlelap di bilik tidurku.. Semasa aku memandang dirinya, aku terasa aku memang sayang kepadanya.. tetapi, aku merasa was-was samada aku akan dapat terus menyayanginya sehingga ke akhir hayatku atau seperti mana aku mula mengenalinya dirinya..

Entahlah, sesungguhnya Allah boleh mengubah haluan hati hambanya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya.. Aku juga berasa curiga samada suamiku mempunyai wanita lain selain diriku..
 Adakah dia menggunakan alasanku sakit dan sukar mengandung untuk membolehkannya memilih orang lain? Hanya suamiku mempunyai jawapannya dan Allah yang Mengetahui segala-galanya..

Walaubagaimanapun, aku mengharapan kebahagiaan yang aku dambakan akan menjadi milikku jua dan dijauhkan daripadaku kesedihan yang mengkin menggugat ketabahan dan kekuatan imanku..
Ya ALLAH, kurniakanlah aku kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan terutamanya di akhirat.. Kekalkan hubungan aku dan suamiku hingga ke akhir hayat dan jadikanlah dia hanya untukku dan aku hanya untuk dia.. Amin..

Monday 3 December 2012

Hari baru buat diriku

Semlm ada perubahan sedikit dalam perhubungan kami berdua.Aku ingatkan suamiku masih tidak mahu balik ke rumah familiku, akhirnya dia balik juga semalam. Pagi td, dia pun menegur aku dgn cara yg lembut, maka aku dpt menerima tegurannya dengan baik.

Selain itu, aku telah mengubah sedikit penampilan diriku dgn memotong rambutku dan menginaikannya supaya dapat menutup uban yang semakin banyak di kepalaku. Sebenarnya, keturunanku memang cepat tumbuh uban..hehehe..sama ngan mak aku..lagipun, suamiku juga setuju utk membelikanku makanan kesihatan herbalife..leganya aku, lepas ni leh kuruslah semula..(",)


Sunday 2 December 2012

Air mataku tumpah lagi.

Aku pun sudah tidak dpt nk bilang kali ke berapa aku menitiskan air mata sejak drp aku masuk ke hospital mahkota hingga ke hari ini.. aku sudah tidak mampu menanggung kesedihan yang melanda jiwa aku ini..

Kekecewaan yg melampau terhadap suami aku langsung tidak dapat aku bendung.. mcm boneka aku dibuatnya.. tp yg dia pula merasakan dirinya sebagai boneka atau remote control mcm aku lah queen control..

Aku terasa kalo aku yg minta cerai dan dia sanggup menceraikanku, boleh x kami menggunakan alasan tiada sefahamn lg untuk bercerai.. aku x akan ganggu hidup dia lagi selepas ini.. tapi kepada siapa yang aku boleh bertanya.. aku x mahu kami bertelagah lagi pada masa akan dtg.. walaupun sudah tiada hubungan lagi, anggaplah hubungan ini sebagai suatu persinggahan dan merupakan kesilapan dlm kehidupan kami berdua terutamanya utk diriku..

Aku tak mahu air mataku tumpah lagi selepas ini..

Kalo dah memang tiada jodoh..

Betullah kata org tua, sukalah setinggi gunung pun, kalo tiada jodoh akan terputus jua, tapi kalo benci sedlm lautan, kalo dah jodoh akan ketemu dan kekal jua hingga akhir hayat..

Entahlah apa nk jadik dgn nasib aku ini.. aku dah cakap lembut dan tidak meninggi suara pun tetap salah, malah kene tengking lg, yg disalahkannya tu ayat x lengkap.. dah mcm kene belajar tatabahasa pulak..

Harapnya cepatlah aku abis period supaya aku boleh kembali solat dan buat solat istikharah..mungkin aku akan ketemu jawapannya dengan izin Allah.. walau apa pun jawapannya nnt, aku akan redha dan terimanya dengan sepenuh hati..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Yang menentukan Qada dan Qadar hambanya.. kita sebagai hamba kene berserah dengan hati yang terbuka.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan iman utk mengharungi dugaan ini.. Amin..

Saturday 1 December 2012

Azam 2013

Sememangnya maal hijrah telah berlalu pada 15/11/2012 yang lalu. Maka,utk tahun ni aku telah memasang azam yang baru utk membaiki jati diri aku yang semkin jatuh akibat krisis rumahtangga yang teruk.

Berikut adalah senarai azam yang ingin aku capai pada 2013:

1. Menyempurnakan solat 5 waktu
2. Melakukan solat duha sekali setiap bulan
3. Membaca Al-Qur'an setiap khamis dan jumaat
4. Menyempurnakan puasa nazar, sunat dan qada' puasa
5.Menguruskan badan kepada 50kg
6. Menyertai kelas aerobik dan bersenam setiap selasa dan rabu.
7. Mengamalkan makanan yang menyihatkan
8. Mengubah penampilan diri
9. Menyambung pengajianku pada tahun hadapan tanpa gangguan
10. Mempunyai zuriat sendiri sekiranya diizinkan Allah
11. Membaiki hubungan rumahtanggaku
12. Memajukan perniagaan pakaianku
13. Membuat dan menjual pai
14. Mengumpul wang untuk menunaikan umrah dan haji

Semoga azam ini dapat dicapai dengan rahmat dan berkat Allah Taala.

Dilema..

Sebenarnya aku masih dalam dilema utk meneruskan perkahwinanku ini.
Kenapa yer? Mungkin kerana aku merasakan suami aku tidak ikhlas utk kembali kepadaku. Yerlah, hati manusia kita takkan tahu malah tidak dapat diduga. Kadangkala mulut mengatakan yer, tp hati takkan menipu dan mengatakan tidak.

Selain itu, aku masih trauma dengan tindakan dia meninggalkanku semasa aku sakit dan aku x mahu lagi perkara itu berulang pada masa akan datang.

Aku juga menyimpan sedikit perasaan dendam supaya suami aku tahu akibatnya kalau aku melakukan perkara yang sama ke atas dia. Diharap aku dapat memujuk hati aku untuk menerimanya kembali walaupun kepahitannya masih terasa di dalam hati aku ini.