Pages

Wednesday 19 December 2012

Mungkinkah akan lebih baik?

Setelah beberapa hari suamiku kembali ke rumah Bemban, terdapatlah perubahan dalam dirinya iaitu dia ada menunaikan solat dan boleh berbincang dengan baik bersama aku. Sebelum itu, pada hari dia kembali ke rumah kami (17/12/12), dia telah menjerit 'Hoi' kepada aku semasa aku sedang mereverse kereta selepas aku mengambil pakaiannya daripada ibu mertuaku. Malah, dia menyalahkanku dengan mengatakan aku masih tidak berubah. Aku bengang sangat pada masa tersebut kerana aku pun tak faham atas sebab apa dia hendak menyalahkan aku seperti itu lagi. Kami bergaduh di depan rumah mertuaku, dan ibu dan bapa mertuaku terpaksa meleraikan pergaduhan kami. Ibu mertuaku suruh aku terus kembali ke rumah. Sebenarnya, memang aku nak balik kerana aku belum solat Asar lagi dan aku ada urusan lain lagi selepas itu.

Apabila aku sampai, aku bertanya "Apa salah saya?". Dia pun menjawab, "Awak masih tak berubah lagi". Aku pun membalas," Apa yang saya tak berubah lagi ni?". Lalu, suamiku menjawab lagi,"Kenapa awak pegi tengok tv? Kenapa tak tolong saya mengemas?". Terpinga-pinga aku dibuatnya. Aku memikirkan dengan rasionalnya, aku baru pulang dari pejabat dan aku kepenatan. Apa salahnya, suamiku menolong sedikit kerana dia masih bercuti sakit sampai akhir bulan ni. Maka, dia memang ada masa untuk mengemaskan pakaian dia. Entahlah aku buntu sangat pada masa tu dan sampai aku mengeluarkan kata-kata berikut,"Entahlah abang, saya pun sampai dah tak tahu nak buat apa lagi coz semua yang saya buat adalah salah di pandangan abang. Terpulangkah kat abang". Seterusnya aku pun mendiamkan diri. Lantas, aku mengambil wuduk dan bersolat Asar bagi mengawal kemarahanku dan meneruskan kerja-kerja megemas meja makan dan membasuh pinggan.

Semasa aku sedang mengelap meja makan, suamiku mula menyakitkan hati aku dengan berchatting dengan perempuan lain menggunakan Whats App. Aku pergi kepadannya dan bertanya "Abang, boleh ayang tengok handphone abang? Ayang nak tengok dengan siapa abang berkawan ni?". Suamiku tak membenarkan aku memegang handphone dia. Lalu aku terus berkata,"Kenapa abang mesti buat perkara ni kat ayang? Kalau dah tak suka, cakap terus-terang, jangan nak sakitkan hati orang". Pada masa tu, azan maghrib berkumandang. Suamiku aku berkata,"Dah, jangan nak carik gaduh, pegi mandi dan solat dulu. Lepas solat abang cakap".

Selepas mandi, aku berpakaian dan bersiap menyediakan tempat solat. Aku mintak suamiku berjemaah bersama. Selesai membaca doa, aku pun meminta penjelasan daripada dia. Aku terkejut sangat apabila suamiku berkata," Abang gurau ajerlah, sajer nak mengenakan ayang". Pada masa tu, air mata aku terus mengalir dan aku menangis sepenuh hati aku. Aku cakap,"Tolong jangan buat lagi abang, ketika marah banyak syaitan keliling kita, susah ayang nak kawal marah nanti".

Sebenarnya, pada masa tu aku pun tak pasti apa sebab aku menangis. Mungkin disebabkan aku marah dia menipu aku atau aku memang sayang padanya sehingga aku tak mahu orang menggganggu rumahtangga aku atau aku terasa berkali-kali abang lakukan perkara ni kepada aku, sehinggakan aku terasa kenapalah perkara ini mesti terjadi pada aku. Memang pada masa tu, perasaan aku bercampur-baur dengan rasa sedih, sedikit gembira, marah dan sebagainya.

Walaupun aku menerima reason yang diberikan, aku tertanya-tanya sama ada ikatan hubungan kami akan lebih baik selepas ini atau sebaliknya. Semoga kami akan cuba untuk mempertahankan rumahtangga kami walaupun memang sukar untuk menghadapinya dan kami terus dilindungi Allah daripada segala kejahatan manusia dan syaitan. Amin..

No comments:

Post a Comment