Pages

Friday 13 December 2013

JOm NangIS

Dear Diary,
Kaum lelaki selalu berkata menangis adalah senjata kaum wanita. Kaum lelaki akan lemah apabila melihat titisan air mata kaum wanita? Betulkah begitu?

Bagi aku air mata kaum wanita bukanlah senjata yang melemahkan kaum lelaki tetapi ia memberikan ketenangan kepada diri mereka. Kenapa aku berkata begitu? Ini kerana apabila aku menangis aku dapat mengeluarkan apa yang berselirat di fikiran melalui luahan kata2 hati walaupun ia tidak kedengaran. Sekurang2nya apabila menangis, hati wanita akan menjadi lebih teguh untuk menghadapi dugaan yang dihadapi dengan mendidik hati supaya bersabar, redha dan tabah untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, melalui tangisan jugalah dapat mendidik minda untuk berfikiran dengan lebih positif dengan memahami setiap dugaan yang dihadapi adalah ketentuan daripada ALLAH TAALA. Maka, sebagai hambanya kita sebagai wanita belajar untuk redha supaya sekiranya di dunia kita tidak dapat mengecapi kebahagiaan tetapi di akhirat akan menanti kebahagiaan yang kekal abadi yang telah ditetapkan oleh Yang Maha KUASA.

Hari ini, aku mengalami tamparan yang hebat dalam kerjaya aku sebagai pendidik. Tamparan tersebut bukanlah berkaitan dengan para pelajar tetapi lebih kepada politik pejabat yang melampau. Semenjak akhir2 ini, aku langsung tidak mempunyai keghairahan untuk bekerja kerana aku tahu aku dah tak larat nak meneruskan hari2 biasa dengan mengetuk punch kad pada setiap pagi dan petang. Malah, aku rasa bekerja sekarang ni ibarat hanya menunggu gaji pada akhir bulan. Ini kerana apabila aku bekerja demi memastikan perjalanan sesuatu tugasan berjalan dengan lancar, orang akan mengata aku mahu menunjuk2 kerja yang aku lakukan. Padahal, aku lebih mementingkan ilmu yang ALLAH bagi dapat dikongsi dengan pelajar2 demi menyampaikan amanah ALLAH.

Sememangnya aku bukan seorang yang sempurna, tetapi aku tahu kerja yang perlu aku laksanakan. Kadang2 aku berfikir apa jadi KETUA kalo tidak dapat menunjukkan contoh yang baik kepada anak buah. Disebabkan itu, aku amat berharap aku dapat mengubah kerjaya aku sebagai peniaga supaya aku memberikan contoh yang terbaik mengikut caraku. Di samping itu, aku tidak suka orang menyuruh aku bekerja dengan baik padahal ramai lagi pekerja lain diberikan tugasan yang senang kerana orang itu sememangnya sudah MALAS bekerja. Sepatutnya sebagai ketua dia perlu menegur sikap pekerja yang dah LAMA dan SEBAL itu supaya menunjukkan contoh yang terbaik kepada pekerja yang lebih MUDA.

Selain itu, apabila semua orang inginkan KUASA untuk menunjukkan diri sebagai PEMIMPIN padahal mereka tidak tahu apabila mereka memegang jawatan tersebut, bukan sahaja membawa status tapi dengan amanahnya sekali. Adakah mereka mampu untuk memikulnya? Entahlah hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.

Di samping itu, apabila ada kawan yang menggunakan kita sebagai kambing hitam untuk mengukuhkan alasan yang sememangnya TIDAK KUKUH LANGSUNG. Kadang2 aku fikir susah ke nak menyatakan diri kita sendiri TAK NAK melakukan perkara itu dan mengaitkannya dengan orang lain? Perlukah berbuat begitu? Entahlah..manusia..manusia..itulah kelemahannya..Apabila ada perasaan takut untuk bersuara menyebabkan kita mengaitkannya dengan orang lain.. Orang seperti ini adalah musuh dalam selimut yang paling teruk dan mesti ditangani dengan betul supaya tidak memakan diri sendiri kerana ia boleh menikam diri daripada belakang tanpa kita sedari.

Walaubagaimanapun, aku amat berharap tahun 2014 akan memberikan ruang yang lebih baik untuk aku mengatur semula kewangan dan pengurusan masa aku lebih baik. Aku tidak suka nak berpura2 di hadapan bos tentang siapakah diri aku sebenarnya.. Yang pasti kerja aku mesti dilaksanakan dengan baik dan mencapai target yang aku tetapkan dan yang paling penting aku inginkan keREDHAan ALLAH. Amin..

Sunday 1 December 2013

Istanbul Aku Datang

Hari ni aku layan citer "ISTANBUL AKU DATANG". Best gak..Dulu nak tgk kat wayang tp xde kesempatan pun..

Tapi sorotan citer ini hampir menyerupai kisah hidupku..Ayat Beto Khusairy yang menangkap di hati ialah
"Awak terlalu baik untuk lelaki seperti itu". Ayat tersebut membawa maksud yang mendalam di hati ini..Entahlah, apabila hati ini sakit pasti akan menyebabkan aku berfikir banyak perkara, sebab sekarang ini aku hanya mengambil tindakan mendiamkan diri daripada berkata2 kerana rasanya lagi marah2 lagi sakit hati dan sakit kepala. Tapi bila diam, aku lebih suka meluahkannya di dalam diari aku ini. Lega sikit rasanya walaupun tak kesemuanya dapat diluahkan..

Selain itu, apabila dapat melihat pemandang istanbul, Turki yang cantik itu menyebabkan aku terasa ingin pergi ke sana. Aku nak juga melihat kesan sejarah yang menceritakan kejatuhan empayar Islamiyah gemilang iaitu Empayar Othmaniah dan kejatuhan empayar Byzantine.. Seronoknya..semoga impian ini tercapai..


Sekarang ini, aku memulakan kembali aktiviti membaca semula..Membacakan hobi aku yang mula2 sekali.. Alhamdulillah, apabila aku membaca buku, aku dapat melupakan sebahagian perkara yang menyedihkan dalam hidupku.. Kebanyakan buku yang aku baca sekarang ni lebih kepada buku motivasi supaya aku memastikan aku tidak tersasar daripada jalan yang sebenarnya..dan yang paling penting jati diri aku kekal pada tahap yang paling stabil sepanjang masa.. Walaupun badai melanda dalam hidup, aku selalu berdoa yang aku mampu untuk meredahnya dengan tabah dan tenang..Amin..