Pages

Sunday 24 November 2013

Something is missing..

Hari ni aku terasa ingin meluahkan kesedihan yang bersarang di hati..Kesedihan ini bukannya berkaitan dengan suami aku tetapi lebih kepada diriku sendiri. Aku terasa seperti kehilangan sesuatu di dalam diriku.."Yes, something is missing"..Entahlah, semenjak akhir2 ni aku langsung tidak rasa seronok dengan apa jua kerja yang aku lakukan terutama apabila aku berada di pejabat..Aku terasa seperti robot yang melaksanakan perintah yang telah direkodkan di dalam cipnya. Tiada rasa teruja untuk melakukan sesuatu keje seperti yang aku suka lakukan pada suatu ketika dulu.

Adakah ini simptom pertengahan umur yang perlu dilalui oleh semua orang atau disebabkan perubahan hormon yang tidak stabil dalam diriku ini? Selain itu, aku sudah ponteng daripada menghadiri kuliah di UTM hampir 3 minggu kerana aku tidak mempunyai mood untuk mengulangkaji pelajaran. Di samping itu, kekangan kewangan yang meruncing juga menyebabkan aku terasa seperti ingin berhenti daripada belajar. Tetapi disebabkan aku sudah meminjam duit ayah aku untuk melangsaikan hutang pengajian di UTM maka aku perlu juga meneruskannya. Tinggal sebulan lagi sebelum final exam berlangsung tetapi aku tidak bersedia untuk menghadapinya.

Di samping itu, politik pejabat yang meruncing antara aku dengan juruteknik dan kawan baik yang suatu dulu aku kenali. Kadangkala apabila ada manusia yang suka membodek bos untuk berjaya menyebabkan orang yang bersungguh-sungguh untuk melakukan kerja akhirnya tertinggal di belakang. Itulah yang aku hadapi sekarang. Aku tidak pasti adakah kepulanganku ke jabatan elektrik adalah perkara yang terbaik atau sebaliknya? Sekarang yang pasti kepulanganku ke sana tidak memberikan suasana yang baik kepada sebahagian penghuni jabatan elektrik. Adakah mereka menganggap aku sebagai suatu masalah atau halangan mereka untuk mencapai apa yang mereka hajati? Yang pasti aku langsung tidak berminat untuk menjadi batu penghalang mereka. Yang aku inginkan ialah sebelum aku meninggalkan MARA aku dapat menabur bakti yang secukupnya kepada anak bangsa Melayu yang semakin keciciran daripada semasa ke semasa. Aku juga berharap aku dapat mengumpulkan wang secukupnya untuk mencapai impian aku mempunyai perniagaan aku sendiri dalam tempoh 3 tahun lagi.

Semoga aku dapat mencari kekuatan aku kembali untuk meneruskan pengajian dan mencapai impian aku nanti. Ya Allah perkenankanlah doaku ini.

No comments:

Post a Comment