Pages

Tuesday 12 November 2013

Am I pregnant?

Dah lama x menulis dalam diari maya ni. Hari ni terasa nak meluahkan apa yang terpendam di hati utk kesekian kalinya. Sebenarnya, aku berasa gembira sangat2 apabila hampir 3 minggu period aku lewat. Tetapi, hari ni perasaan gembira telah bertukar duka kerana kewujudan titisan darah kotor mula memunculkan dirinya. Ini kerana semasa aku lewat 2 minggu aku sudah melakukan scan dan ada tanda kewujudan satu titik yang mngkin menunjukkan adanya kehidupan di dalam rahimku. Namun begitu, perasaan aku hancur apabila turunnya darah kotor ini. Mungkin aku perlu berehat di katil beberapa hari atau sememangnya aku period? Entahlah, semua bercampur-baur. Yang aku tahu, emosi aku langsung tidak stabil.
Aku terasa banyaknya dugaan yang perlu aku hadapi sejak akhir2 ini. Dari satu perkara kepada satu perkara yang lain sehinggakan ia meruntun jiwa. Aku amat mengharapkan percubaan kali ini berjaya tetapi aku masih mendapat hasil yang mengecewakan. Entahlah, adakah aku memang mengandung atau itu hanyalah kerana perasaan yang kuat untuk menjadi ibu? Sekarang ni, aku terasa macam nak putus asa daripada memikirkan sama ada aku akan menjadi ibu atau pun tidak? Yang aku tahu, kalau keadaan ini berterusan aku sendiri yang akan meminta cerai supaya aku tidak lagi dibelenggu dengan pertanyaan samada aku akan mempunyai zuriata ataupun sebaliknya. 
Aku terasa putus asa yang melampau sekarang ni sehinggakan aku pun tak tahu kenapa susah sangat aku nak memiliki zuriat sendiri. Sudah banyak cara yang aku lakukan daripada mencuba perubatan tradisional hinggalah ke perubatan moden. Mungkinkah aku ni mandul? 
Macamana aku hendak jelaskan kepada suamiku? Adakah dia dapat menerimanya dengan baik atau sebaliknya? Aku pun tak tahu bagaimana nak menerangkannya kepada dia. Beberapa minggu ni kami diulit kebahagiaan tetapi kebahagiaan itu bagaikan disentap dalam sekelip mata sahaja. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya. Amin..

No comments:

Post a Comment