Pages

Thursday 29 November 2012

Anniversary ke-3

Tanggal 29hb November 2012 merupakan hari paling bermakna dalam hidupku. Ini kerana ia merupakan hari pernikahan aku dengan suami yang tersayang. Tetapi pada tahun ini, ia merupakan detik yang cukup sedih dalam hidupku kerana kami tidak meraikannya malah kami perlu mengambil masa untuk mengeratkan semula hubungan kasih kami disebabkan pergaduhan yang teruk yang berlaku pada 21hb November yang lalu.

Sebenarnya, aku amat berkecil hati disebabkan suamiku menggunakan alasan untuk menjaga ibunya yang keseorangan disebabkan ayah mertuaku pergi ke Yogjakarta, walhal aku baru ajer beberapa hari pulang daripada hospital selepas menjalani pembedahan cyst. Aku hanya ingin dia menjagaku sepertimana aku melayannya semasa dia mengalami kemalangan jalan raya pada bulan lepas.

Disebabkan itu, aku mengalami trauma yang amat sangat dan aku sendiri merasakan kesukaran untuk menyayangi suamiku sama seperti dahulu. Bagaimana kalau kenkawan berada di tempatku? Mestilah berasa cukup sedih ditinggalkan semasa menanggung sakit yang amat sangat, padahal kita hanya ingin meminta sedikit belas ihsan dan belaian daripada suami untuk menghilangkan kesakitan yang ditanggung.

Walaupun telah berakhir kemarau tersebut selepas perbincangan dari hati ke hati antara aku, suami, ibu bapa mertua dan ibu bapaku; ia tetap meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hatiku. Di dalam perbincangan tersebut, aku telah berjanji untuk mengubah kelemahanku iaitu 'suka berkata ingin cerai' dan 'mengurangkan sikap cepat melenting' dan suamiku pula akan cuba untuk mengurangkan aktiviti 'keluar malam dan balik lewat' dan 'mengubah cara bercakap yang lebih lembut' serta menjadi lebih 'bertanggungjawab' ke atas diriku.

Namun begitu, aku akan lebih berhati-hati supaya aku tidak terus disakiti lagi. Sekiranya, sudah termaktub jodohku dengan suamiku hanya di pertengahan jalan, aku akan lebih bersedia untuk menghadapi masa hadapanku dengan lebih baik.

Aku tetap berharap lembayung aura Maal Hijrah tahun ni dapat membantu kami berdua dalam memperbaiki hubungan kasih antara kami dan dapat mengharungi ranjau rumahtangga ini dengan lebih baik dan bersama hingga akhir hayat.

Semoga ALLAH memberkati doaku ini dan melimpahkan rahmat ke dalam rumahtangga kami. Amin..(",)

No comments:

Post a Comment