Pages

Wednesday 29 July 2015

Suddenly I am LOST

Dear Diary,
Dah lama sudah aku tidak menjenguk kamu..
Pada mulanya, aku cuba untuk 'ignore' akan dirimu, tapi aku tahu aku tidak berdaya..
Aku perlu juga meluahkan perasaan aku di sini supaya segala kegelisahan yang terpendam dapat diluahkan..

Sebenarnya, bulan September ni aku bakal meneruskan pengajian aku semula. Tetapi, aku merasakan yang aku belum bersedia pula. Entahlah. mungkin sebab sudah lama aku tidak memegang pen dan buku atau aku sudah tawar hati untuk meneruskannya. Dahulu, antara sebab aku ingin melanjutkan pengajian adalah untuk menaikkan ekonomi aku dan memegang jawatan yang lebih tinggi. Tapi, rasanya sebab2 tersebut telah terkubur dek kerana aku sudah bercerai dengan bekas suamiku.

Sekarang ni aku baru perasan, perceraian yang aku lalui sememangnya memakan diri aku terutamanya aku kehilangan kenyakinan tentang diri aku sendiri, kerjaya, pendidikan dan perniagaan. Aku merasakan diri aku ni sungguh buruk sekali terutama masalah kulit dan penampilan diri. Aku langsung tidak yakin aku ni boleh tampil cantik di hadapan org lain.

Di samping itu, aku terasa yang meneruskan ijazah seperti hanya sia-sia sahaja sebab tiada org kesayangan yang dpt berkongsi kejayaan aku nanti. Walaupun abah dan mak akan menemani aku dan menjadi org yang paling gembira melihat aku memegang segelung ijazah, tapi aku mmg rasa aku kalah dalam perjuangan aku sendiri untuk mencari ilmu.

Kemudian, perniagaan online aku juga mengalami masalah..sekarang ni aku sendiri tak tahu apa matlamat perniagaan yang ingin aku capai..Macam terumbang-ambing sahaja hingga memberi impak kepada kerjaya hakiki aku sebagai pengajar. Yang paling teruk, aku langsung tidak mendapat apa2 keuntungan daripada perniagaan yang aku jalankan. Aku tak tahu apa yang jadi pada ku. Langsung tidak dapat bergerak atau maju ke depan langsung. Aku seperti terhenti di satu titik yang tak mampu aku gerakkan. Teruknya keadaan aku skrg ni.

Aku seperti tidak bersyukur dengan apa yang aku dapat.. Tak tahu lah apa yang aku nak carik sebenarnya...

No comments:

Post a Comment